SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Wednesday, November 16, 2011

Amalan Sunnah Dalam Bulan Muharram

Pendahuluan:
Definisi bulan Muharram :
Al-Muharram atau bulan al-Muharram ialah bulan pertama dalam tahun Islam. Dinamakan sedemikian kerana orang arab jahiliyyah mengharamkan peperangan dalam bulan tersebut.(Lisan al-Arab, 2/845)
Walaupun orang arab jahiliyyah sesat dan kafir, mereka tetapi mengagungkan semua bulan-bulan ‘haram’. Sehinggakan jika seorang lelaki arab bertemu dengan pembunuh ayahnya di bulan-bulan ini, dia tidak akan membunuhnya.
Ia juga dinamakan ‘shahrullahilmuharram’ iaitu Muharram bulan Allah. Antara hikmah dinamakan sedemikian ialah:
1-   Ianya bulan ‘haram’ yang pertama.
2-   Rasulullah s.a.w. menamakannya sedemikian.
(Hasyiat al-Suyuti ‘ala Sunan al-Nasa’i, 3/206)
3-   Bagi tujuan mengagungkannya. (Lisan al-Arab, 2/845) Amalan Sunnah dalam bulan Muharram:


                   1-    Mengagungkan bulan Muharram.

عن أبي بكرة - رضي الله-عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض ، والسنة اثنا عشر شهراً ، منها أربعة حرم : ثلاث متواليات ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ، ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان )) الحديث . متفق عليه: رواه البخاري في صحيحه المطبوع مع فتح الباري (10/7) كتاب الأضاحي
، حديث رقم ( 5550) ، ورواه مسلم في صحيحه (3/1305) كتاب القسامة ، حديث رقم (1679).

Maksudnya: Daripada Abu Bakrah r.a. daripada Nabi s.a.w., sabdanya [Sesungguhnya zaman telah kembali kepada keadaan asalnya seperti hari Allah menjadikan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan. Di antaranya empat bulan haram; tiga berturut-turut iaitu Zul Kaedah, Zul Hijjah dan Muharram serta satu berasingan iaitu Rejab yang lebih dihormati oleh Kabilah Mudar  antara bulan Jamadil Akhir dan Sya‘ban.]

Antara cara mengagungkan bulan Muharram ialah dengan tidak berperang dan tidak terlibat dalam perkara yang mencetuskan peperangan.

                    2-    Memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر اللّه المحرّم، وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)). أخرجه مسلم في الصيام (1163).
Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda [Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa Muharram bulan Allah. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam.]

                    3-    Puasa hari ‘Asyura:
‘Asyura berasal daripada perkataan ‘asyirah yang bermaksud kesepuluh. (Fathul Bari, 4/245)
3.1- Hukum puasa Asyura‘.
Puasa Asyura‘ asalnya wajib sebelum kefardhuan puasa Ramadhan.
حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهليّة, وكان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يصومه، فلمّا قدم المدينة صامه وأمر النّاس بصيامه، فلمّا فرض رمضـان قال: ((من شـاء صامه، ومن شاء تركه) أخرجه البخاري في الصوم (2002)، ومسلـم في الصيام (1125).
Maksud: berkata Aisyah ‘Orang Quraisy pada zaman Jahiliyyah berpuasa pada Hari Asyura‘. Rasulullah juga berpuasa pada hari tersebut. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa pada hari itu. Apabila difardhukan puasa Ramadhan, Baginda bersabda [Sesiapa yang mahu dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu dia boleh meninggalkannya]’.

3.2- Hikmah puasa Asyura‘.
Hari Asyura’ ialah hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya dari Fir‘aun dan bala tenteranya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. Maka Nabi Muhammad berpuasa pada hari itu dan memerintahkan  umatnya berpuasa sama dan baginda bersabda [Kami lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu]. Muttafaq ‘alaih (al-Bukhari Kitab al-Saum, No. 2004 dan Muslim Kitab al-Siyam, No 1130).

3.3- Menggandingkan puasa sehari sebelum atau selepas puasa asyura‘.
عن ابن عبّاس رضي الله عنهما قال: لمّا صام رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول اللّه، إنّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى, فقال: ((إذا كان عام المقبل إن شاء اللّه صمنا اليوم التّاسع))، قال: فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول اللّه صلى الله عليه وسلم
أخرجه مسلم  في الصيام (1134).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, ‘Apabila Rasulullah berpuasa pada hari Asyura‘ dan memerintahkan umatnya berpuasa sama, mereka berkata ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari yang dimuliakan oleh orang yahudi dan Nasrani.’ MakaBagindabersabda [Sekiranya datang tahun depan, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan]’. Ibnu Abbas berkata, ‘Akan tetapi Rasulullah s.a.w. telah wafat sebelum ketibaan tahun itu’.
عن ابن عباس مرفوعاً: ((صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود؛ صوموا قبله يوما أو بعده يوما)) رواه أحمد في مسنده (1/241).

Maksud: Berpuasalah kamu pada hari Asyura‘ dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.

Antara bid‘ah-bid‘ah pada hari Asyura’:
1. Bid’ah kesedihan dan mengambil hari Asyura sebagai hari berkabung. Ini adalah bid’ah yang dilakukan oleh golongan Rafidhah (Shi‘ah) pada hari tersebut.
2. Bid’ah kegembiraan dan mengambil hari hari asyura sebagai hari raya. Ini pula adalah bid‘ah golongan Nawasib (yang menentang Ali al-Bait).
3. Mengkhususkan hari tersebut dengan nengeluarkan zakat.
4. Menziarahi Kubur pada hari tersebut.
5. Menyediakan bubur Asyura’.

Kelebihan Sepuluh Awal Zulhijjah
Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامِ الْعَمَلِ الصَّالِحِ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : " وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلا رَجُلا خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Mafhumnya: “Tiada dari hari-hari untuk dilakukan amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah dari sepuluh hari yang awal dalam bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Sekalipun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar ke jalan Allah dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang lagi (syahid di medan perang).” (HR al-Bukhari 2/457)
Hadis ini antara dalil yang membukti sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang paling afdhal dalam setahun. Oleh yang demikian di bawah ini disertakan beberapa kelebihan sepuluh hari tersebut dan amalan-amalan yang dianjurkan untuk diperbanyakkan padanya:

1. Allah SWT bersumpah dengan menyebut sepuluh hari ini di dalam firmannya:

Mafhumnya: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (al-Fajr: 1-2)

Ibn ‘Abbas, Ibn al-Zubair, Mujahid dan ramai lagi dari kalangan generasi Salaf dan Khalaf berpendapat, yang dimaksudkan dengan “malam yang sepuluh” di dalam ayat di atas ialah sepulah hari (pertama) dalam bulan Zulhijjah. Ibn Kathir berkata: “Pandangan ini adalah yang benar.”
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim: 8/413)

Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu ia menunjukkan kepentingan dan kebesaran perkara tersebut.

2. Perbanyakkan Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Takbir berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمَ عِنْدَ اللَّهِ وَلا أَحَبَّ إِلَيْهِ فِيهِنَّ الْعَمَلُ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ، أَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ

Mafhumnya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitulah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.”
(HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Dizahirkan takbir tersebut di merata-rata tempat sebagai menzahirkan keagungan Allah SWT. Allah berfirman:

Mafhumnya: “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak” (al-Hajj: 28)

Kebanyakan ulama berpandangan “Hari-hari yang telah ditentukan” yang disebut di dalam ayat ialah sepuluh hari awal dalam bulan Zulhijjah berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA.
Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh hari awal Zulhijjah ialah:

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ،وَاللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْد
Mafhumnya: “Allah Maha Benar, Allah Maha Benar, tidak ada sembahan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”
Galakan memperbanyakkan takbir, tasbih dan bertahmid ini bukan bermakna ia dilakukan dalam bentuk berkumpulan, sebaliknya ia dilakukan sendirian oleh setiap orang di setiap tempat sebagai menghidupkan sunnah Nabi SAW.

3. Disunatkan berpuasa pada hari ‘Arafah iaitulah pada Sembilan (9) Zulhijjah. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada Isterinya daripada sebahagian isteri Nabi SAW yang berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحَجَّةِ وَيْوَمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ : أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ، وَخَمِيسَيْنِ
Mafhummnya: “Adalah Rasulullah SAW akan berpuasa pada Sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura dan tiga hari dalam setiap bulan: Isnin pertama setiap bulan dan pada dua hari Khamis.”
(HR al-Nasaie 4/205 dan Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud 2/462)

4. Memperbanyakkan amalan soleh selama sepuluh hari awal Zulhijjah yang telah dimuliakan oleh Allah SWT, seperti berpuasa, menunaikan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, berbuat baik kepada kedua orang tua, menghubungkan Silaturahim, menyuruh melakukan kebaikan, membanyakan bertaubat, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.

5. Menyembelih korban pada hari-hari korban sebagai beribadah kepada Allah SWT

No comments:

Post a Comment