SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Tuesday, February 18, 2020

MAJLIS MENANDATANGANI JABAT PERSEFAHAMAN (LOI)

BESUT, Terengganu. 18 Februari 2020 telah temeterai satu sejarah apabila berlangsungnya satu Majlis Menandatangani Jabat Persefahaman (LOI) Antara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Dengan Persatuan Sekolah-Sekolah Islam Persendirian Kelantan (PERSIAP) bagi memperkasakan lagi pendidikan supaya seiringan dengan sekolah-sekolah arus perdana di Malaysia.

   IPGKSM merupakan Pusat Latihan Guru dan telah menyediakan 142 program pendidikan kepada guru-guru di Malaysia umumnya dan kepada guru-guru PERSIAP khasnya.

Pihak PERSIAP mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak IPGKSM bekerjasama   dengan PERSIAP bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan.

   

Tuesday, February 11, 2020

Lawatan Mahabbah Ke IPGSM Besut

11 Februari 2020 Besut Terengganu, wakil PERSIAP telah berkunjung ke IPGSM Besut bagi tujuan Lawatan Mahabbah sempena Majlis LOI dan Kursus bersama IPGSM dengan PERSIAP yang akan berlangsung pada 18 Februari 2020 nanti.
    Hasil bertemuan tersebut pihak IPGSM bersetuju memberi khidmat bantu dan kursus kepada sekolah-sekolah di bawah kelolaan PERSIAP. 
    Pihak IPGSM menawarkan 142 kursus kepada kami untuk dibincangkan di peringkat PERSIAP.
    Diharapkan kerjasama ini dapat meningkatkan dan memantapkan lagi profesion perguruan di sekolah-sekolah PERSIAP.
                              




Tuesday, November 12, 2019

Taklimat Pengurusan Data Murid dan Pendaftaran APDM

6 November 2019, PERSIAP dengan kerjasama JPN negeri Kelantan telah mengadakan Taklimat Pengurusan Data Murid dan Pendaftaran APDM bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaan PERSIAP dan SRITI Kelantan.
Penerangan di sampaikan oleh En Azlin Bin Sanip, Pengelola Kanan Data dan ICT, Sektor Pengurusan Dasar 3 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.