SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Tuesday, November 12, 2019

Taklimat Pengurusan Data Murid dan Pendaftaran APDM

6 November 2019, PERSIAP dengan kerjasama JPN negeri Kelantan telah mengadakan Taklimat Pengurusan Data Murid dan Pendaftaran APDM bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaan PERSIAP dan SRITI Kelantan.
Penerangan di sampaikan oleh En Azlin Bin Sanip, Pengelola Kanan Data dan ICT, Sektor Pengurusan Dasar 3 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Thursday, October 24, 2019

22 Oktober 2019, telah diadakan Bengkel Amali SEGAK Sekolah-Sekolah PERSIAP Kelantan bertempat di Dewan Wardie, Sekolah Rendah Islam Tok Kenali.
    Majlis dirasmikan oleh En. Mohd. Hassany bin Hashim,
Ketua Sektor Pengurusan Akademik.
   Kursus kali ini adalah merupakan kursus lanjutan bagi memantapkan lagi proses dan langkah-langkah yang betul perlaksanaan SEGAK di sekolah-sekolah swasta di negeri Kelantan.
    Ujian ini dilakukan untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.
    Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:
1. Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI).
2. Naik Turun Bangku, 3 minit.
3. Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan.
4. Ringkuk Tubi Separa.
5. Jangkauan Melunjur.


Sunday, October 20, 2019

KURSUS PELAKSANAAN SIVIK DAN PENGUKUHAN SEGAK PERSIAP 2019

 ✅ 15 OKTOBER 2019 (SELASA)
 ✅ BERTEMPAT DI DEWAN SRI TOK KENALI   ✅ AKAN DIPIMPIN OLEH : *CIKGU ZAKARIA UNIT PENGURUSAN AKADEMIK KPN KELANTAN ( beserta 2 JU)* 
 ✅ ATUR ACARA :
     SESI 1 SEGAK
     ⏰ : 800~ 1030 PAGI.
     SESI 2 SIVIK
     ⏰ : 1100~ 130PETANG.
 ✅ YURAN RM25 SEORANG 📌
 ✅ Sekolah-sekolah PERSIAP yang menertai :-

 1. Aman WB
 2. Aman KB
 3. Amin Tropicana
 4. AnNur
 5. Furqan
 6. Hafeez
 7. Hikmah
 8. Hilal
 9. Kiblah
10. Kota
11. Tok Kenali
12. UIIS
13. Sriti Tok Guru
14. Sriti Madinatul Ilmi
15. Qari




Friday, July 26, 2019

   25 JULAI 2019, bertempat di Sekolah Rendah Islam Sri Kota, Lundang telah berlangsung Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat PERSIAP 2019. SRI Sri Kota sebagai tuan rumah.
 
Pertandingan itu melibatkan 9 buah sekolah swasta di bawah PERSIAP. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-
 
Keputusan Pertandingan Kalam Jamaie (P)

1⃣ SRI AN-NUR.
2⃣ SRI AL-HIKMAH.
3⃣ SRI AL-HILAL.
4⃣ SRI AMAN (KB).

 👉Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Kalam Jamaie pada hari ini.

 👉 Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, guru pembimbing dan semua kumpulan yang telah bersaing secara sihat.










Wednesday, July 24, 2019

     24 JULAI 2019, bertempat di SRI Tok Kenali, Kubang Kerian telah berlangsung Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Arab PERSIAP Kelantan 2019.
 
     Pertandingan ini disertai oleh 10 buah sekolah swasta (SRI). Seramai 20 orang peserta yang terlibat pada pertandingan ini.               

     Keputusan Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa ARAB adalah seperti berikut:-

 👉 *Kategori Lelaki*
1⃣ SRI TOK KENALI.
2⃣ SRI AMAN KOTA BHARU.
3⃣ SRI AMAN WAKAF BHARU.
4⃣ SRI KOTA.

 👉 *Kategori Perempuan*
1⃣ SRI AL HIKMAH.
2⃣ SRI KOTA.
3⃣ SRI AMAN KB.؜
4⃣ SRI AN NUR.

     Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang dan tuan rumah SRI Tok Kenali, Kubang Kerian.











Wednesday, July 17, 2019

PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA INGGERIS PERINGKAT PERSIAP 2019

18 JULAI 2019, SRI Kiblah Kota Bharu, telah berlangsungnya Pertandingan Ko-Akademik PERSIAP 2019 ( Bercerita Dalam Bahasa Inggeris ).

    Seramai 24 orang peserta daripada 12 buah sekolah-sekolah di bawah PERSIAP yang terlibat.

    Keputusan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-

 👉 *Kategori Lelaki*
  1⃣ SRI KOTA
  2⃣ SRI AMAN WAKAF BHARU
  3⃣ SRI AMAN KB
  4⃣ SRI KIBLAH

 👉 *Kategori Perempuan*
  1⃣ UIIS
  2⃣ SRI AMAN WAKAF BHARU
  3⃣ SRI KOTA
  4⃣ SRI AMAN KOTA BHARU
 
   Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan tuan rumah.




















Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat PERSIAP 2019

17 JULAI 2019, di Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu telah berlangsung Pertandingan Tilawah Al-Quran PERSIAP. SRI Aman Kota Bharu menjadi tuan rumah.

    Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang bertanding pada kali ini.

    Keputusan Pertandingan Tilawah Al-Quran:-

    👉 *Kategori Lelaki*
            1⃣ SRI AMAN KOTA BHARU
            2⃣ SRI AMAN WAKAF BHARU
            3⃣ SRI AMAN MACHANG
            4⃣ SRI AL HILAL

    👉 *Kategori Perempuan*
            1⃣ SRI TOK KENALI
            2⃣ SRI AMAN MACHANG
            3⃣ SRI AMAN KOTA BHARU
            4⃣ SRI AMAN WAKAF BHARU



Pertandingan Hafazan Al Quran Persiap 2019

16 JULAI 2019, Kota Bharu... Pertandingan Hafazan Peringkat PERSIAP 2019 telah dilangsungkan di Sekolah Rendah Ugama Al Hilal, bermula pukul 8.00 pg hingga 12.00 tengahari.

   Seramai 22 orang peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

   Keputusan pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

   ▶ *Kategori Lelaki*
           1⃣ SRI AMAN KB
           2⃣ SRI AL HILAL KB
           3⃣ SRI ANNUR
           4⃣ SRI AMAN MACHANG

   ▶ *Kategori Perempuan*
           1⃣ SRI AMAN W.BHARU
           2⃣ SRI AL HILAL
           3⃣ UIIS
           4⃣ SRI AMAN KB

   Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan tuan rumah di atas penganjuran kali ini.