SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Profil BAKKSI

Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan Sekolah-Sekolah Islam Persendirian Kelantan (BAKKSI)

LOGO



TUJUAN

1.         Merancang dan melaksanakan aktiviti kebajikan kakitangan  Institusi-institusi di bawah PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM PERSENDIRIAN KELANTAN (PERSIAP)
2.         Menjadi badan penghubung antara kakitangan dengan pihak PERSIAP serta mana-mana organisasi/institusi luar.
3.         Mengusahakan agar kakitangan PERSIAP mendapat faedah maksima daripada kemudahan kebajikan yang diperuntukkan oleh PERSIAP.
4.         Menerima sumbangan dari mana-mana pihak untuk tujuan menjalankan aktiviti BAKKSI.
5.         Mengadakan penyelidikkan dan kajian yang berkaitan dengan kepentingan kakitangan PERSIAP.
6.         Berusaha  dengan bersungguh-sungguh untuk mengwujudkan suasana harmoni dan kerjasama antara ahli-ahli dan juga antara ahli dengan pihak PERSIAP.
7.         Mengadakan aktiviti yang boleh mendatangkan sumber pendapatan dengan syarat ianya tidak melanggar polisi sekolah.



KEAHLIAN

(1)   Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM PERSENDIRIAN yang berdaftar dengan PERSIAP.

(2)   Warganegara Malaysia yang tinggal di Kelantan tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18 ke atas.  Bilangan ahli tidak terhad.

(3)   Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(4)   Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli BAKKSI dan berhaklah ia sebagai ahli.

(5)   Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli BAKKSI ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.