SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Saturday, April 9, 2011

Mesyuarat PERSIAP

Pada 5 April 2011( jam 9.30 pagi) di Dewan KOSRI PERSIAP berlangsungnya mesyuarat PERSIAP. Mesyuarat ini dihadiri oleh Dr Abdul Halim Yusoff ( Tuan Pengerusi ), Ustaz Sulaiman Bakar ( Naib Pengerusi ), Tn Abd Khalim Harun ( Setiausaha ),Tn Hj Wan Taib Wan Husin ( Bendahari ) dan guru-guru besar dari sekolah-sekolah rendah Islam Negeri Kelantan. Turut hadir ke Majlis ini Ustaz Nik Umar Nik Abd Aziz ( Lembaga Pengelola Maahad Tahfiz Darul Anuar ) dan Ustaz Omar Alias ( Pengerusi Pendidikan Aman ).

Mesyuarat membincangkan:



  • Pertemuan dengan YIK bagi membincangkan tentang kemasukkan murid-murid sekolah rendah Islam memasuki sekolah-sekolah kawalan di bawah YIK dan pinjaman buku teks.




  • Mengumpulkan maklumat sekolah di bawah PERSIAP untuk didokumentasikan. Pihak sekolah di minta menghantar maklumat sebelum atau pada 26 April 2011. Maklumat tersebut mestilah dalam bentuk softcopy atau di emailkan kepada Ustaz Salimi Mohamad dan Ustaz Omar Alias . Semua guru besar dijemput hadir.




  • Penyelarasan dan penyeragaman soalan ujian sekolah rendah Islam di peringkat PERSIAP. Akan diadakan pada 24 May 2011 di dewan KOSRI PERSIAP.
  • No comments:

    Post a Comment