SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Wednesday, June 1, 2011

Tafakkur :Muhasabah Penuntut Perguruan

Tafakkur :Muhasabah Penuntut Perguruan
Oleh: Brian Bennett

Mengapakah saya seorang guru yang hebat?
Ok saya tahu kenyataan ini macam saya perasan tetapi tolong bersabar dan dengar dahulu sebelum mengata saya.
Saya sedang berfikir tentang pengajaran perguruan yang saya hadiri sebelum ini dan bagaimana pensayarah sokongan saya amat menitik beratkan saya melihat balik dan muhasabah segalanya sehingga saya keletihan di akhir sesi latihan perguruan saya.Beliau sentiasa memaksa saya untuk menulis laporan muhasabah di akhir setiap sesi pelajaran yang saya ajar.Saya dapati ajaran ini sangat bermakna dan memberi makna yang mendalam kepada saya.Apa yang istimewanya kepada saya ialah beliau sentiasa mewajibkan saya mengenal pasti tentang kelebihan saya dahulu sebelum kekurangan.
Ia kelihatan tidak signifikan dan perkara yang remeh-temeh tetapi berapa kerapkah kita terus mengimbas kembali apakah yang telah berjaya kita lakukan semasa sesi pengajaran tadi?Selalunya jarang.Saya selalu berfikir apa yang tidak berjalan dengan lancar semasa saya mengajar tadi.Jarang saya mengimbas balik apa yang saya berjaya lakukan semasa belajar tadi.Itulah yang saya maksudkan dengan tajuk artikel ini.
Saya tahu guru-guru takut menonjolkan kebaikan diri kerana takut ujub dan menggalakkan murid-murid kita tidak bersikap realistik kerana selalu dipuji.Itu bukannya yang ingin ditekankan di sini. Idea yang ingin diketengahkan ialah ambil beberapa minit setiap hari untuk mengenal pasti setiap tindakan yang kita lakukan yang kadang-kadang kita terlepas pandang,sedangkan apa yang berlaku memberi impak kepada didikan kita dan inti kepada kesungguhan kita untuk menjadi seorang profesional yang lebih baik.
Berikut adalah apa yang saya catitkan sebagai muhasabah diri saya sebagai guru.
1. Saya menegur dan bertanya khabar setiap pelajar saya setiap hari.
2.Saya ambil masa untuk muhasabah dan membuat nota tambahan pada setiap unit yang saya ajar setiap hari.
3.Saya suka bertanya orang lain sekiranya saya kebuntuan atau saya ingin buat sesuatu dengan lebih baik.
Muhasabah ini tidak bertujuan untuk menghidupkan perasaan perasan atau bangga diri. Saya merasakan diri saya masih banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari.Banyak lagi yang perlu saya capai selama saya menjadi guru.
Saya cadangkan anda ambil sedikit masa untuk memikirkan dan menulis perbuatan yang menjadikan anda seorang guru yang hebat.
Apakah pandangan anda?
(terjemahan Puan Sarenawati Jaafar)

No comments:

Post a Comment