SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Tuesday, October 18, 2011

Tazkirah

Kembali kepada Fitrah

Persamaan antara Pemain Golf dan Pengetua


Pada suatu hari Sabtu yang indah ,saya terperangkap di dalam semak-samun ketika bermain golf dengan rakan-rakan seperjuangan saya.Kebanyakan daripada peminat golf biasa dengan keadaan ini di mana bola golf yang dipukul tersasar jauh sehingga mendarat di semak-samun di tepi padang.Pada masa itu,terdapat dua pilihan samada saya boleh temberang dan mengalih bola golf itu ke tempat lain kerana tiada yang melihat saya.Atau saya boleh berlaku adil dan teruskan permainan dari situ.


Terpulanglah pada saya untuk melakukan sesuatu yang betul di saat tiada yang melihat.



Mengaku bahawa kita tidak pandai bermain adalah satu ujian kepada karakter kita.Walaupun kita boleh mengelak daripada memalukan diri kita, namun dengan kita mengakui kelemahan diri kita sendiri adalah contoh seorang pengetua yang efektif.


Pada setiap sesi persekolahan tahunan,terlalu banyak peluang untuk seseorang pengetua membuat keputusan yang mementingkan diri sendiri ataupun keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan pelajar.Menjadi seorang pengetua adalah amanah yang perlu dipikul dengan akhlak yang cukup utuh dan beretika untuk kita cukup tegar berdiri memimpin semua pelajar kita.


Seorang pengetua perlu mengenepikan kepentingan diri sendiri setiap masa dan menjauhkan diri dari kecenderungan ke arah sifat ego yang bertentangan dengan matlamat sekolah.Sesebuah keputusan yang mudah tidak selalunya selari dengan sesebuah keputusan yang betul.Tiada ruang untuk kita tersepit antara mana satu keputusan yang terbaik atau tidak.Sekiranya gagal memutusakn sesuatu,maka keputusannnya ialah tidak melakukannya.


Tugas dan tanggunjawab seorang pengetua sangat luas, daripada membuat jadual rehat kepada mengendalikan beribu-ribu ringgit duit dana sekolah.Pengetua juga memutuskan perkara yang sekecil-kecilnya seperti meluluskan grafik desain poster sekolah kepada memutuskan tindakan yang paling wajar kepada guru-guru yang tidak memberi khidmat terbaik.Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk kebaikan dan kepentingan para pelajar di bawahnya.Seorang pengetua adalah pemegang amanah bagi melaksanakan tanggungjawab mendidik setiap pelajar di sekolah.


Kebanyakan masa keputusan dicapai melalui mesyuarat tertutup yang tidak dilihat dan diketahui orang lain.Melalui emel,telefon dan sebagainya.Para pelajar tidak dibenarkan ambil bahagian atau campur tangan dalam proses di mana sesuatu keputusan sekolah dibuat.Oleh itu,setiap daripada pelajar di sekolah kita mengharapkan seorang pengetua yang mewakili hak pelajar. Seorang pengetua yang cemerlang memastikan tiada pengaruh dan campur tangan bercorak peribadi dengan guru-guru atau teman-teman seperjuangan lain dalam membuat keputusan sekolah.Seorang pengetua yang baik akan bercakap terus terang dan berdepan walaupun amat tidak menggemari apapun jenis konfrontasi atau mengambil sikap masalah itu akan selesai dengan sendirinya apabila dibiarkan begitu sahaja. Semua itu sekiranya dilakukan adalah bertentangan dengan tanggungjawab yang paling aula iaitu memastikan perjalanan pendidikan pelajar terjamin.

Masa depan pelajar di tangan seorang pengetua.

Terpulanglah pada pengetua untuk membuat keputusan yang terbaik walaupun tiada yang menyokong atau tiada yang meilhat atau menghargai.

Kembalilah kepada fitrah insani.

On Common Sense
with Derek Cordell (TERJEMAHAN oleh Puan Sarenawati,Mudirah SRI AL HAFEEZ)

No comments:

Post a Comment