SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Tuesday, November 8, 2011

TAMRIN QIADI PERSIAP 2011


         Pada 3 & 4 November 2011, bertempat di Sekolah Menengah Islam Aman Binjai, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsungnya Tamrin Qiadi 2011. Tamrin Qiadi PERSIAP adalah satu aktiviti khusus untuk murid tahun akhir yang berusaha menghimpunkan bakal kepimpinan serta meningkatkan ukhuwah kepimpinan pelajar di antara sekolah-sekolah di bawah PERSIAP. Semoga Ia dapat meneruskan pengurusan kepimpinan pelajar di peringkat sekolah menengah dan ke peringkat seterusnya di masa akan datang Insya Allah.
         Peserta yang terlibat pada kali ini adalah seramai 95 orang yang mewakili :
1. Sekolah Rendah Islam Aman
2. Sekolah Rendah Islam Seri Kota
3. Sekolah Rendah Islam Al Hikmah (ABIM)
4. Sekolah Rendah Islam Kiblah
5. Sekolah Rendah Ugama Al Hilal
6. Sekolah Rendah Islam Al Hafeez
Objektif  :
1. Menghimpun dan menyatukan bakal pemimpin pelajar bagi meneruskan agenda Islam.
2. Meningkatkan ukhuwah di antara pemimpin pelajar secara berterusan ( tanzim)
3. Melahirkan wahdatul fikri dan Qiadah ke arah mewujudkan satu wadah alumni PERSIAP
















Alhamdulillah program tamrin tersebut berjalan dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan perasmian penutup oleh YBhg. Dr Abdul Halim bin Yusof iaitu Pengerusi PERSIAP.

No comments:

Post a Comment